Interpretasi

Interpretasi ialah pemudahcaraan bagi komunikasi bahasa bertutur atau berisyarat antara pengguna bahasa yang pelbagai.

AM Interpretiv menawarkan interpretasi berturutan dan serentak dalam semua bahasa untuk semua majlis. Sama ada mesyuarat peribadi atau perniagaan, seminar, bengkel, pelatihan atau persidangan, kami boleh lakukannya untuk anda. Jurubahasa kami semuanya ialah orang tempatan, terlatih dan diperakui. Dengan rangkaian pembekal tempatan kami yang luas, AM Interpretiv mampu menyediakan jurubahasa tempatan tidak kira di mana mesyuarat anda diadakan. Hubungi jurubahasa kami sekarang untuk meningkatkan komunikasi perniagaan anda.

AM Interpretiv mempunyai keistimewaan dalam menyediakan perkhidmatan interpretasi bagi bahasa Melayu, Cina, Jepun, Korea, Sepanyol, Perancis, Hindi dan lain-lain untuk dipandang tinggi oleh organisasi, seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia, Herbalife Nutrition Ltd, Amway dan Pfizer Plc.

Jenis-jenis Interpretasi

Interpretasi Jarak Jauh

Interpetasi Jarak Jauh bermakna, jurubahasa, penutur dan audiens tidak berada di tempat yang sama. Dalam erti kata lain, penutur dan jurubahasa sama ada berada sekali tetapi audiens menonton secara maya ataupun semua jurubahasa, penutur dan audiens iikuti secara maya.

Kami akan menguruskan jurubahasa dan medium bagi sesi maya, contohnya Zoom, Interprefy dan sebagainya.

Interpretasi Serentak

Memerlukan ahli bahasa untuk menyampaikan mesej ke dalam bahasa sasaran pada masa yang sama penutur berbicara.

Hanya dibernarkan sedikit atau tiada kelewatan antara ucapan penutur dan interpretasi. Jurubahasa serentak sering diperlukan untuk bekerja berpasangan dengan bergilir-gilir melaksanakan lebih kurang 30 minit interpretasi.

Pemudahcaraan interpretasi serentak perlu menggunakan alat interpretasi serentak yang profesional, termasuk mikrofon, pemancar, penerima dan bilik interpretasi.

Interpretasi Berturutan

Paling sesuai bagi acara atau mesyuarat berskala kecil. Bagi interpretasi berturutan, mesej disampaikan ke dalam bahasa sasaran setelah penutur berhenti menyatakan beberapa ayat.

Jurubahasa dibenarkan mengambil nota semasa penutur bercakap. Dalam situasi yang melibatkan kumpulan besar, peralatan interpretasi adalah lebih digunakan.

Interpretasi Berbisik

Interpetasi Berbisik ialah sebentuk interpetasi serentak dengan jurubahasa membisikan apa yang dikatakan oleh penutur kepada pelanggan dalam bahasa ibunda mereka.

Interpretasi yang kurang formal dan tidak memerlukan peralatan tambahan ini, sangat sesuai untuk suasana yang lebih intim juga peribadi. Sebagai contoh, rundingan perniagaan, lawatan di lokasi, mesyuarat kecil, dan terutamanya apabila jurubahasa hanya perlu mentafsir bagi satu atau dua orang.

Interpretasi Jarak Jauh

Interpretasi Serentak Jarak Jauh (RSI)
Interpretasi Serentak Jarak Jauh (RSI) merupakan interpetasi serentak yang dijalankan secara maya dengan menggunakan platform pihak ketiga, seperti Zoom, Interprefy, Webex dan sebagainya. Interpretasi serentak ini dilakukan dalam masa nyata dan tempo yang sama dengan penutur asal.

Interpretasi Video Jarak Jauh (VRI)
Interpretasi Video Jarak Jauh (VRI) dijalankan sama ada secara interpetasi serentak atau berturutan. Kebiasaannya, interpetasi jenis ini dilakukan dalam latar persidangan video dan sesuai bagi mesyuarat kecil atau temuduga jarak jauh.

Interpretasi Melalui Telefon (OPI)
Interpretasi Melalui Telefon (OPI) dijalankan secara berturutan. Interpretasi jenis ini adalah untuk latar yang kurang formal dan sesuai bagi temuduga bersama pesakit di hospital, imigresen atau temuduga penguatkuasaan undang-undang dan sebagainya.

Sembang Kami melalui Whatsapp